Prinsip Asas Pengakapan


Prinsip-prinsip asas dalam berpengakapan berhubungkait dengan asas-asas dalam Pergerakan Pengakap berikut yang mana Penyatuan Pengakap berpaut.

*          Pergertian Pengakap

*          Matlamat berpengakap

*          Prinsip-prinsip berpengkap dan ekperasi mereka dalam perjanjian dan undang-undang.

*          Cara Berpengakap 

1.         Definisi Berpengakap 
            Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela,bebas daripadsa politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya. 

2.            Matlamat berpengakap 
Matlamat sesuatu pergerakan adalah sebab disebalik keujudannya.Matlamat untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, social dan rohani serta tanggungjawab terhadap masyarakatnya,negaranya dan seterusnya masyarakat antarabangsa. 

3.         Prinsip-prinsip Berpengakap 
Prinsip dalam pergerakan Pengakap boleh didapati daripada Persetian dan Undang-Undang Pengakap.
            Tiga Prinsip-prinsip itu adalah : 

·                    Kepercayaan Kepada Tuhan
·                    Tanggungjawab Kepada Masyarakat dan Negara
·                    Perkhidmatan kepada Diri Sendiri 

PERSETIAN PENGAKAP 

Bahawa dengan sesunguhnya,
Saya berjanji dan bersetia, yang saya
Dengan seberapa daya upaya saya akan: 

TAAT KEPADA TUHAN,RAJA DAN NEGARA
MENOLONG ORNG PADA SETIAP MASA
MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP

UNDANG-UNDANG PENGAKAP 

Terdapat 10 Undang-Undang Pengakap sepertimana yang dirumuskan oleh pengasasnya. 
Persetian dan Undang-Undang Pengakap adalah asas dalam berpengakap. Ada pendapat menyatakan Pergerakan Kumpulan dapat dijalankan tanpa pakaian seragam atau lencana, tanpa Ibu Pejabat tetapi hanya berdasrkan program latihan. Mungkin ianya bukan kumpulan yang terbaik tetapi masih lagi berkaitan dengan pengakap.Menjalankan aktiviti Pergerakan Pengakap tanpa Persetian dan Undang-Undang Pengakap adalah suatu kesalahan.Tanpa Persetian dan Undang-Undang itu maka ianya bukan Berpengakap.Ia mungkin suatu Kelab Muda-Mudi yang sangat bagus, tetapi bukanya satu kumpulan Pengakap. 

4.         Kaedah atau cara pengakap 
Kaedah atau cara Pengakap adalah Sistem Pembelajaran Memajukan Diri Sendiri Dengan melalui: 
*          Persetian Dan Undang-Undang Pengakap
            *          Belajar sambil membuat
            *          Mempunyai kumpulan kecil ( seperti Sistem Berparol)

*          Skim Latihan Kemajuan * seperti menyusun rancangan untuk Muda-Remaja)