FALSAFAH PENGAKAP
Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk
memberi latihan kepengakapan yang berasaskan prinsip dan Undang-Undang Pengakap
ke arah mencapai nilai-nilai murni dan mengeratkan persaudaraan pengakap antara
bangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan serta bersepadu bagi
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan
jasmani dengan berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.
MISI
PENGAKAP
Misi kepengakapan ialah memberi sumbangan kepada generasi muda melalui
sistem nilai yang berasaskan kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap,
membantu membina dunia yang lebih baik, dimana penduduknya boleh berdikari
sebagai individu serta dapat memainkan peranan yang berguna membangun untuk
masyarakat.
|