Epolet Pengakap


Epolet Pengakap mengandungi susunan lengkar beserta warna latar bagi menunjukkan pangkat seseorang ahli. 
Warna Kuning digunakan oleh : 
Penaung Utama, Penaung Diraja, Raja Pemaisuri, Raja Muda, Tengku Mahkota dan Kerabat Di Raja.

Warna Merah Hati digunakan oleh : 
Perdana Menteri dan menteri-menteri, ( MASPA ), YDP Dewan Negara, YDP Dewan Rakyat, Presiden, Timb. Presiden, Naib Presiden, Setiausaha, Bendahari, Menteri / Timbalan Menteri Kabinet, Ahli MASPA, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri ( EXCO ) serta Ahli Dewan Undangan Negeri. 
Warna Hijau digunakan oleh : 
TYT Gabenor, YDP Negara, Naib YDP Negara, Setiausaha dan Bendahari Negara, Ketua Pengarah Pelajaran, Ketua Pengarah KBS, Ketua Pengarah KPT, Ahli Majlis Negara, Pengerusi Negeri, Rektor IPGM, Pengarah Pelajaran Negeri, Naib Canselor IPTA / IPTS, Setiausaha dan Bendahari Negeri, Ahli Majlis Negeri, Pegawai-Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri, Pegawai Pelajaran Daerah, YDP Daerah, Pengarah-Pengarah IPG, Timbalan Canselor IPTA / IPTS, Pengetua / Guru Besar, Pengerusi Daerah, Setiausaha dan Bendahari Daerah, Pen. Pegawai Pelajaran Daerah,  Guru Penolong Kanan, Setiausaha dan Bendahari Kumpulan  serta AJK Kumpulan
Warna Biru digunakan oleh:
Ketua Pengakap Negara, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Timb.Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Pen.-Pen.Ketua Pengakap Negara, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Timb.-Timb. Ketua Pengakap Negeri, Pen.-Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Pesuruhjaya Ibu Pejabat Kebangsaan, Pesuruhjaya Pengakap Daerah, Pen. Pesuruhjaya Daerah, Pemimpin dan Pen. Pemimpin.

Warna Ungu digunakan oleh :
Pesuruhjaya Antarabangsa, Pesuruhjaya Latihan Negara, Pesuruhjaya Program Negara, Setiausaha Latihan Negara, Setiausaha Program Negara, Jurulatih Antarabangsa dan Pen. Jurulatih Kebangsaan.

Warna Ungu Kelabu oleh :
Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Setiausaha Eksekutif, Setiausaha Eksekutif, Pen.Setiausaha Eksekutif, Pembantu Tadbir.

Warna Ungu Merah oleh :
Pengerusi Sekretariat Kelana Negara, Setiausaha Bendahari AJK Sekretariat Negara, Setiausaha Bendahari AJK Sekretariat Negeri, Pengerusi Sekretariat Kelana Daerah, Setiausaha Bendahari AJK Sekretariat Daerah dan Ahli Kelana.