Berjabat Tangan Pengakap
Berjabat Dengan Tangan Kiri Di Antarabangsa
Berjabat Dengan Tangan Kanan Di Malaysia
Ahli
Pengakap di seluruh dunia berjabat tangan sesama sendiri dengan cara yang
istimewa. Mereka berjabat tangan dengan menggunakan tangan kiri sebagai
persaudaraan dan kepercayaan. Di sesetengah Negara termasuk Negara kita
Malaysia, menggunakan tangan kanan semasa berjabat tangan.
Bagaimana
berjabat tangan tersebut wujud ?
Semasa
Baden-Powell bertugas sebagai askar di Afrika, dia menemui ketua-keyua dan
pahlawan-pahlawan yang terdiri daripada suku kaum yang membawa lembing dan
perisai. Pada suatu ketika, dua suku kaum ini selalu bermusuh-musuhan, meyerbu
dan membunuh sesama sendiri sehingga menyebabkan banyak nyawa yang terkorban.
Permusuhan yang berlanjutan itu akhirnya menemui jalan pendamai. Taktik peperangan
serta keberanian yang ditonjolkan oleh pahlawan-pahlawan kedua-dua suku kaum
menunjukkan kehebatan kepahlawanan masing-masing. Bila ketua salah satu kaum
terserempak dengan ketua lawannya : dia memberi isyarat kepada pahlawannya
supaya berundur. Ketua suku kaum tersebut kemudian menghampiri ketua kaum
lawannya secara bersendirian. Ketika dia menghampiri lawannya dia menanggalkan
perisai yang melindungi bahagian dadanya dari terkena senjata musuh serta
membuang lembingnya. Dia pun mengangkat tangan kirinya kepada musuhnya sebagai
tanda persahabatan dan kepercayaan. Tanda tersebut membawa kepada perundingan
perdamaian di antara kedua-dua suku kaum yang bermusuhan. Ketua suku kaum di
Afrika sekarang menerima kenyataan bahawa orang yang paling berani di antara
orang berani adalah orang yang berjabat tangan dengan menggunakan tangan
kiri.
B-P
menerima idea berjabat tangan ini dan menjadikannya sebagai amalan tradisi
Pengakap di seluruh dunia.